Kehidupan Ibn Abdul Hakam

Bapa tokoh ini, Abdullah, dan saudara lelakinya, Muhammad, merupakan pakar fikah Maliki Mesir yang terkemuka pada zaman mereka. Keluarga Ibn Abdul Hakam ditindas Khalifah Al-Wathiq kerana pegangan mereka pada doktrin ortodoks Islam selepas kematian bapa Ibn Abdul Hakam. Mahupun sering dipetik oleh ahli hadis dan para sejarawan, nama mereka jarang disebut oleh sebab satu peristiwa yang memalukan yang menimpa keluarga tersebut. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil ahli sejarah ini serta saudara-saudara lelakinya dituduh menggelapkan harta pusaka, dipenjara dan seorang daripada saudara lelakinya meninggal dunia akibat penderaan.

Secara hakikatnya, Abdul Rahman bin Abdul Hakam seorang ahli hadis dan bukan seorang sejarawan. beliau berminat terhadap peristiwa-peristiwa sejarah yang memerikan adat Arab Muslim awal yang dapat digunakannya bagi mengajar hukum-hakam Islam.[2] Sumber rujukannya terdiri daripada buku-buku yang dihimpunkan oleh para ahli hadis yang awal (yang kini hilang), dan sumber-sumber lisan seperti bapanya sendiri.